
PERSETUJUAN DICAPAI: Tiah (kanan) and Jonesbertukar dokumen perjanjian di Kuala Lumpur, semalam.
TA Enterprise Bhd akan memanfaatkan kerjasama strategiknya dengan firma pembrokeran Vietnam, Orient Securities Corporation untuk meneroka peluang perniagaan hartanah di Negara berkenaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datin Alicia Tiah, berkata ia berikutan minat ditunjukkan firma pembrokeran Vietnam itu untuk memajukan 500 hektar tanah miliknya,
“Saya akan ke Vietnam bagi memuktamadkan pembelian saham dalam Orient Securities dan dalam lawatan itu kami akan membincangkan mengenai cadangan memajukan 500 hektar kawasan milik syarikat itu bagi tujuan komersial.
“Kami akan memaklumkan mengenai perincian model perniagaan (segmen hartanah) berkenaan apabila pulang dari Hanoi nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian penyediaan penyelesaian perniagaan bersepadu antara TA Properties Sdn Bhd dengan syarikat teknologi maklumat IFCA MSC Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
Penyelesaian berasaskan internet berkenaan menghubungkan TA Properties dengan pembekal, rakan niaga, dan pelanggan, selain menyepadukan perniagaan hartanah seperti pengurusan jualan, tempahan dan maklum balas daripada pelanggan.
Tiah mewakili TA Enterprise, manakala IFCA MSC oleh Pengarah Eksekutifnya, Ian Jeremy Jones.
TA Properties adalah anak syarikat milik penuh TA Enterprise yang mengkhusus dalam pembangunan hartanah di kawasan mewah sekitar Lembah Klang.
Antara project yang dimajukannya ialah Idaman Villas Damansara; Damansara Idaman; dan Idaman Residence Condo.
Tiah nerkata, TA Properties akan melancarkan dua lagi project hartanah di Lembah Klang termasuk project perumahan mesra alam mewah di Ampang Hilir.
Beliau berkata, syarikat juga bercadang menyenaraikan amanah pelaburan hartanah (Reit) membabitkan tiga hartanah iaitu Menata TA One di Kuala Lumpur, Radisson Plaza di Sydney dan Terasen Centre di Vancouver di bursa saham Singapura pada suku pertama tahun depan.